Jumaat, November 27, 2009

Malam Ini Malam Last Tau Tak?

2000:
Malam sabtu nak ke malam ahad memang satu penyeksaan. Peduli apa malam raya pertama ke apa. Tapi minggu ni penyeksaan dia rasa lain macam. Seram seram sejuk macam tu. Tak tau la kenapa. Kalau tak kerana esok bola, apa lagi? Aku check schedule epl kat dinding bilik aku.

Villa v Spurs, mesti mamat english pendek tu dah tak score lagi dah. Memang aku tak hingin pun nak beli.

Gunrang v Chelsial, alah setakat lawan orang tua ni, baik tak payah main. Maskulin Petersburg tu mesti buat sesuatu la. Tak apa aku dah angkut dia petang tadi.

Merseyside derby, dah comfirm kalah lagi team ciplak tu. Semua benda nak ciplak orang. Dari tempat training petang petang sampai lah ke lagu kebangsaan. Team tak boleh. Memang tak boleh. Jahanam point aku. Semua player dah kena santau.

Dah! Tamat sesi berborak dengan dinding bak kaum Mayan. Kaum yang suka melukis kat dinding lepas tu menyusahkan orang.

El classico, bekas king ni mesti score nya.

Mainz Hamburg, mudahh..!!

AS Nanny Bordeaux, tambah mudahh..!!

Sekarang sesi berdialog sama laptop dah rasa macam Mc Fly cakap dengan Dr Emmet Brown. Gilaaa! Future aku rasa time ni.

2055:
Penyeksaan aku masih tak settle. Makin parah. Aku letak telapak tangan kat dada. Hmm! Degupan normal untuk manusia atlet. Petanda apakah ini?

Cerita-cerita Astro time ni memang sampah semua. Semua cerita merendahkan IQ. Tak pandai menari di salahkan lantai. Pecer?

2060:
Tiba-tiba aku terpandang kad raya haji abang aku. Sampul ada tulis tangan 'kasih Nur hanya untuk abang'. Ayat macam celaka. Tebeng depan aku macam tu pun belum tentu aku nak curi curi baca. Cet!

Kasih Nur? Nur Kasih? Cilakak apa hal aku buat kat depan laptop ni lagi. Cerita dah start. Apa barang tak tengok episod last? Nanti jumpa awek mana mana ada modal nak bukak cerita.

Nota:
Tapi aku baca jugak kad tu. Sedih. Iye!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan