Sabtu, November 28, 2009

Seingat Aku (4) - Outing

Hari sabtu adalah hari yang di tunggu-tunggu oleh sekelian pelajar Maktab K. Berang. Masa tu dekat Terengganu sama seperti Kelantan. Satu payung pemerintahan. Jumaat dan sabtu cuti. Bukan sabtu dan ahad. Jumaat mana boleh keluar. Apa gila nak keluar pergi mana hari jumaat dekat sini? Sini bandar koboi tahap iklan Marlboro dalam tv zaman muda muda aku dulu. Lelaki naik kuda yang tembak tembak lepas itu cakap, "Saya gagah. Saya hisap Marlboro merah 14 soft pack". Haa yang tu la. Yang dekat belakang dia ada bandar kecil tu. Sama la strukturnya dengan bandar ni. Kalau tak sama pun, sipi sipi.

Aku ingat lagi time berdialog dengan sorang pakcik masjid dekat K.Berang ni dulu. Time tu kira awal awal lagi la sampai sini. Baru nak berjinak-jinak dengan bandar sejarah ni. Pakcik pragile tu cakap, dulu dekat sini lagi sedih. Nak buat roti canai pun kena beli gandum dekat bandar Kuala Terengganu. Aku angguk je buat muka sedih. Kalau gelak nanti tak pasal pasal kena tapak kaki pakcik tu. Tapi sakit perut jugak sebenarnya tahan gelak ni.

Jadi hari jumaat adalah lebih afdhal duduk sahaja di bilik bagi kaki tidur, atau menghabiskan masa dengan menonton peti television bagi kaki Khan. Masa itu, semua jenis Khan naik. Letak saja nama belakang ada Khan. Mesti automatik femes. Sazali Khan, Ariffin Khan, Burn Khan, Kajang Khan, Petir Khan, hatta Badrul Bakhtiar Khan sekali pun. Salman Khan apa tah lagi. Jadi rancangan Music Bolliwood pada jam 12 tengahari itu tidak akan di sia sia kan saban minggu bagi menyerap semangat. Semangat yang mana akan disalurkan ke kaki supaya dapat bertahan menapak sejauh 7 km untuk ke masjid berdekatan. Alhamdulillah banyak pahala.

Agak-agak tengok bas parking baik punya dekat dataran bersedia dengan pintu dah ternganga luas, bonet enjin dah takda, faham faham jela.

Sabtu, kami beramai-ramai outing ke pekan. Sesiapa berada dalam golongan anak emas warden, akan di beri tawaran tumpang percuma ke pekan. Haram aku tak pernah dapat pun nak tumpang. Dapat pelempang ada. Kami yang jiwa bagai dipinggirkan ini, memang tidak mempunyai banyak pilihan. Memang takda pilihan pun. Naik prebet sapu la jawab nya. Penduduk kampung K.Berang ni baik hati. Kadang-kadang kalau kita orang buat-buat berpeluh muka kesian, memang akan ada lah pakcik pakcik baik hati stop bagi tumpang.

Tapi aku tak mengharapkan publisiti murahan tersebut. Aku memang naik prebet sapu true punya. Aku bukan geng skema pakai baju batik. Aku geng baju kemeja anti tai-in. Dekat dalam baju t-shirt spare. Senang nanti sampai pekan metropolis KB bagi makcik jagung jaga kemeja. Nanti time makcik jagung tu balik semayang zohor, masing masing menggagau. Pastu semua mengaku jadi tokey jagung. Macam setan.

Masa tu barang siapa outing pakai baju Ford yang tukar jadi F*ck tu memang hero la. Pakai t-shirt Mizuno pun dah kira hero dah. Janji t-shirt. Time tu geng batik tegur tepi jalan buat tak kenal saja. Buat skill berlaga bahu pun memang tak jeling. Terus tak kenal. Dah jadi warga KB la konon nya. Hero! Iye memang rasa hero true kalau pakai t-shirt.

Hero-hero pun time naik prebet sapu, pakcik prebet sumbat je 9 orang dalam kereta yang dah tak rupa kereta tu. Aku tengok dah macam penyapu. Bonet belakang out, kaler tak usah cakap. Merah boleh transformers jadi biru. Koboi agaknya pakcik ni. Hari hari kejar lembu. Iya lah duduk pun bandar koboi mestilah kerja koboi.

Seat depan 3, belakang 6. Balik fikir sendiri lah bab susunan. Aku malas nak cerita. Sorang sorang nama je baru lepas mandi, tapi bau terbaik dari ladang. Tak macam aku, time tu Burberry tu memang aku tahu. Tapi belum ada je. Tapi body collonge memang tak pernah habis stok dalam locker.

"Awang tau dok mane ade jual top you pi?", pakcik prebet bersuara seperti mengadakan sesi teka teki dengan kami.

"Apa benda tu wahai pakcik prebet?", salah seorang menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.

"Aloh mende hok letok dalang talipong tu. Ade mende tu baru buleh tekang mesej ngang cakap..", huraian tak berapa nak ringkas.

Ada yang tahan gelak sampai tergelak bontot. Bau macam haram. Yang pasti bukan Sazali. Sazali sabtu petang layan hindustan.

Sampai pekan, turun kereta, bayar 50sen seorang, usha pakcik agak agak dah samar sikit, pusing belakang, bantai gelak sampai menangis.

Nota:
Sama juga dengan minuman berkarbonat 7 up. Juga di sebut tujuh you pi. Jangan gelak. Berdosa. Tuhan marah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan