Khamis, Disember 24, 2009

Akhirnya! Rebiu



Ya! Baru aku ada mood nak buat benda ni. Bukan aku malas tapi aku sibuk. Bukan sibuk apa. Sibuk lepak, minum nes o, ambik dadah, lepak dan lepak. Layan awek sekali sekala. Lagi pun aku tunggu kawan aku send gambar yang aku snap malam 5 Disember tu.

Dan ya! Kamera aku cikai. Kamera tikam kat kedai apek je. Tak macam orang lain. Semua stok SLR. Juga ya! Kamera aku malam tu macam celaka. Keluar rumah dia cakap ada bateri. Sampai je sana terus jahanam. Sempat snap 1,2 je. Tu pun Maskara baru start 10 minit. Hangin betul aku. Rasa nak makan je semua mihun kat luar tu. Terpaksa guna kamera henset kawan aku. Nasib baik henset dia ada kamera. Tak macam henset aku.



Ok kita start dengan mc malam tu. Yang sorang pakai snow cap tu aku kenal lah sebab mamat ni memang femes seantero dunia-Vovin. Walaupun muka tak berapa nak ada komersial value, tapi Vovin menjayakan watak mc dengan baik. Yang sorang lagi? Yang tu aku tak berapa nak kenal. Cakap dah lah barai. Tah apa namanya aku pun dah lupa. Pipi ke telinga ke aku pun dah lupa. Yela tak femes ye dok. Sape nak kenal.





Jujurnya, pertama kali aku dengar bacaan puisi dari saudara Lt. Kolonel Mohd Radzi ni. Hasilnya, meremang bulu roma aku. Sikit lagi aku rasa nak pegi kem tentera terdekat nak join askar pegi berperang dekat Palestin. Adunan pitching, emosi, gerak tangan, penggunaan pentas dan komunikasi dengan penonton(suruh buat ombak misalnya) yang baik. Optimum! Salut askar sekali.





Minta maaf. Time brader ni perform, aku keluar hisap rokok. Mana tahan bai tengok awek kiri kanan. Kang lemas aku hisap perfume dorang. Sambil-sambil usha buku-buku yang bernasib baik boleh masuk dalam beg aku. Ada jugak time ni rasa nak baling je kamera aku kat tah arca apa kat depan rumah PENA tu.





Sekali lagi maaf. Time saudara ni, aku keluar lagi pegi makan kat luar. Peduli apa aku acara makan-makan tak start lagi. Aku lapar. Nak pegi sini, tahan makan macam nak pegi main futsal. Takut nanti time tengah main, isi perut rasa macam nak keluar. Panas perut rasa lain macam.



REHAT

Memang aku tunggu acara ni. Rela aku tak perabis duit makan sebelum Maskara ni semata-mata nak makan free kat sini. Fuh! Dia punya mihun memang superb. Siap ada mayonis sama thousand island. Ada mamat sorang tu tak menyempat nak picit botol thousand island tu. Aku habiskan semua, aku buat muka tak tahu. Aku tanya kenapa. Dia cakap takde apa-apa. Pastu aku tengok dia terkial-kial cari lain. Itulah kalau tamak bagai anjing dengan bayang-bayang. Apa pun tak dapat. Aku kenyang. Ok sambung.






Sebenarnya Ninja adik Raihani ni kawan aku kat Johor dulu. Satu fakulti dengan aku. Baik tu tak jugak. Agak-agak kalau tak berlanggar bahu, tak tegur. Ninja ni aku dah biasa tengok dia perform. Kalau ada mana-mana kolej buat function apa-apa, dia mesti ada. Belajar gitar cepat betul mamat ni. Pada hal aku dulu yang sentuh gitar. Dia yang pandai dulu. Bengap betul aku. Siap boleh main harmonika sekali. Apa pun, adik-beradik ni memang hapening. Ok next.








Cun kan awek ni. Memang pun. Aku kalau dapat awek macam ni pun dah kira ok. Ala-ala manja lembut. Memang padan lah dengan aku yang cukup sopan-santun nya ni. Tak padan? Ah! Peduli apa aku. Ok, Wani Ardy ni dah kira agak tenggelam sikit dek kerana bassist nya. Fuh main tak bley blah. Sikit lagi aku rasa nak pegi tengok dekat-dekat macam mana dia main. Tapi aku batalkan niat serta-merta. Tak pasal-pasal nanti ada orang makang penampar kat situ. Gitaris dia walau pun nampak ala-ala nasyid, tapi main tak kurang hebatnya dengan effect mengifek. Lagu lampu jalan tu memang kreatif sampai aku senyum sampai balik rumah. Pastu aku cakap dalam hati, "apsal lah aku bengap sangat tak beli dia punya demo tadi." Wani, bak no henset nak order demo. Huh!




Mat Jan & Sinaganaga

Macam biasa, dua otai ni tak perlu cakap banyak. Tetap kanak-kanak riang macam sedia kala.







Pres Ban. Aku rasa express band kot. Si BB main gitar tu memang sesedap telinga mendengar. Yang main 'bonggo' pun ok. Tau je dia mana nak masuk. Vovin nyanyi suara agak ok walaupun sekali sekala pitching lari. Mungkin melantak banyak sangat tadi time rehat. Yang bassist tak usah cakap. Barai bin bersepah. 1st time pegang bass kot. Pastu pegi nyanyi pulak. Aku syak dia hilang akal kot. Tak pun hilang punca. Suara dah lah takde masa depan. Main gitar lagi bersepai dari main bass tadi. Aku tak tahu lah. Dah tak boleh nak tolong dah mamat telinga ni.




Orait kepada manusia yang aku missed rebiu tu aku minta maaf lah. Faham-faham lah aku takde kamera macam orang lain. Overall, Maskara 18 ni memang A+++ aku bagi. Sipi-sipi je nak sama dengan woodstock dengan crowd yang mengganas setiap saat. Kepada penerima kutukan, harap bersabar. Aku tahu yang aku kutuk tu memang tahan kutukan. PresBan, next Maskara aku nak korang ada lagi. Ada bahan sikit aku nak kutuk. Wani Ardy, jangan lupa kasi u punya phone no. I nak ngorat ni.

So bila Maskara 19? Fab 2010 kot.




Nota:
Gambar Raihani dan Wani Ardy dicopy dari Sindikit Sol-jah.

4 ulasan:

sinaganaga berkata...

ho ho ho ha ha he he

bebelbebal berkata...

tahniah abang naga. anda pengomen 1st. tunggu hadiah dari kawe time next maskara.

pablo berkata...

ulasan yg power. rasa macam turut serta kat situ pun ada bila baca rebiu ni. mohon izin tepek link bebelbebal kat blog saya sendiri. rajin2 la update ok.

cheers.

bebelbebal berkata...

Boleh. Silakan!

Catat Ulasan