Hanya sempat menonton bahagian satu daripada dua bahagian kisah beliau. Itu pun menonton diwaktu perdana rancangan tersebut. Bulan lepas jika tidak silap. Tidak sempat atau tidak berpeluang, mungkin, untuk bahagian kedua. Mana taknya, siang malam pagi petang, kalau tidak 119 dengan Wonderpets, El Tigre, Danny Phantom, Cat Dog, yang melembabkan otak kanak-kanak, mungkin dipenuhi rancangan masakan dan binatang.
Tetapi, malam ini, tanpa disengajakan aku berpeluang menonton bahagian kedua. Selain ingin mengenali secara lebih rapat, harapan agar dapat mengetahui sifat-sifat atau perbuatan yang belum diketahui atau difahami perihal beliau.
Malangnya, hampa sahaja yang didapati. Semuanya sudah aku ketahui dan fahami. Dia bapa pemodenan, dia bapa ketuanan melayu, dia ramai pembangkang, dia ramai pembodek, dia ada idea, dia memberi kemajuan segera kepada rakyat sepanjang 22 tahun, dia buat litar Sepang, dia buat bangunan kembar tertinggi dunia, dia cipta Proton, dia buat Smart Tunnel, dia memandang ke timur, dia melancarkan 'Jangan beli produk British', dia pencetus kepada reformasi besar-besaran, dan dia paling banyak mempraktikkan ISA.
Maaf dipohon jika ada point penting yang aku tertinggal. Terima kasih Tun Dr Madey.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan