Khamis, Disember 10, 2009

Sudah Jatuh Di Timpa Tangga

Sudah jatuh(9.35 pagi)

"Pukul berapa ko sampai sini? Ke baru sampai ni?"


---->"Eh mana ada kak. Saya duk sini pukul 9.15 lagi..."


"Dah tu tak kan tak nampak kot dia datang?"

---->"Ala time akak announce tu, saya tengok dia dah jalan. Apa cerita?"


"Ko tu ralit sangat dok baca paper. Nanti dah sampai Merapoh, tukar dengan bas oren tu ek.."


---->"Yela kak.."


Faham-faham jelah apa yang telah aku alami pagi tadi. Cilakak bas tu, ambik orang main drive-tru je masuk Putra. Nasib baik driver bas yang aku tumpang sampai Merapoh tu orang kampung aku.


Di Timpa Tangga(6.30 ptg, sesi bercakap dengan mak aku)


"Kenapa tak ambik malam tadi?"


---->"Ingatkan ada balance lagi."


"Habis tu makan apa dari pagi?"


---->"Beli sugus je wat basahkan tekak..."


"Boleh tahan dia punya lapar kan?"


---->"Boleh ma. Ingatkan ada ATM dekat Putra tu..."


Aku ingat ada ATM. Betul! Aku ingat ada balance lagi. Bongok! Aku lupa malam tadi aku pegi melalak jamban. Aku lupa aku bayar pakai duit merah. Nasib baik aku tak bayar guna tiket bas. Naik bas, duit dalam wallet ada singgit. Sugus 8 posen!





Tahniah untuk aku!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan