Isnin, Januari 18, 2010

Hari Ni Rasa Agak Bersepah

Awal bangunnya hari ni. Tahun lepas dalam bulan 5 adalah paling last aku ingat aku bangun awal macam ni. Siap boleh sembahyang subuh. Juga 1st time selepas bulan 5 tahun lepas aku jumpa tidur dulu baru subuh. Selalunya subuh dulu baru tidur. Kata Hujan-Neon, asap mengamuk tekan, siang malam dah terbalik. Memang aku admirer lagu ni. Dah sedap, dengar.

Aku merempit mengambil masa dalam 20 minit jugak lah. Kalau tak pro aku rasa boleh pergi dalam 45 minit. Sebab aku terer, boleh skip 25 minit. Peh! Sampai je dekat kaki bangunan tu, aku tak naik terus. Lepak dulu kasi badan segar. Sarapan sebatang. Mata time tu tak boleh buat macam askar tengah berbaris. Pandang depan 200 meter. Tak cool. Pagi-pagi begini kena gunakan mata dengan semaksimum mungkin. Yang naik tangga je dah dekat 30 orang mata aku mark. Belum yang dalam kereta, yang merempit, yang tengah lepak tepi-tepi aku, yang pakai tudung, yang free-hair, yang bersanggul, yang rambut hitam, yang coklat, yang kerinting. Pagi ni aje boleh kira dekat 100 jugak lah mata aku sarapan dalam masa 2 batang tu. Sebab aku dah dapat berita sebelum sampai sini lagi. Dekat sini, kalau datang, tak lengkap kalau tak menjalankan aktiviti macam ni. Aku memang saja je datang awal sikit kat sini. Aku dah mark sorang minah ni. Peh! Dia punya kebaya macam kebaya 1 Malaysia.


Habis sarapan paru-paru dan mata, aku naik tingkat M. Aku guna tangga. Hidup ini kena balance. Dah tahu pagi-pagi makan rokok, jangan duk koya nak naik lif. Sampai tingkat M, aku masuk dia punya tempat. Aku cari-cari encik yang bernama Hariz. Semua orang dalam tu tengok aku macam tak pernah jumpa orang. Mentang-mentang lah aku dressing smart hari ni. Sorang mamat ni yang duk tengok aku, aku jeling sampai terkeluar anak mata. Minah yang duk tepi dinding tu ingat aku tak perasan dia duk pandang aku dari tadi. Sekali aku pandang menggelabah cari keyboard.


Cari punya cari, dah keliling tempat tu 2,3 kali, barulah aku rasa nak bertanya. Selalunya orang yang kurang inginkan cabaran, cara mereka adalah bertanya sebelum cari. Tapi tidak bagi aku yang sangat cintakan cabaran. Hak tuih!


"Encik Hariz tak datang lagi. Tunggu lah sekejap" kata sorang kerani yang dari tadi berserabut dengan aku duk pusing-pusing macam aku ni bos tempat tu.


Acara tunggu aku bermula. Dari 8.30 sampai 9.30. 1jam. Celaka betul. Dah tahu masuk kerja pukul 8.30, boleh lagi pergi sarap sampai sejam. Mengalahkan pegawai kerajaan. Lepas je jumpa dia, boleh pulak suruh aku tunggu lagi. Dan sampai ke makan tengahari lah jawabnya aku tunggu. Dia tak tahu ke paru-paru aku ni memerlukan bekalan makanan yang secukupnya. Nak aje aku bakar rokok kat situ. Boleh pulak suruh aku duduk kat meja yang ada PC. Memang silap besar lah wa cakap lu. Otomatik je tangan pegang mouse. Memang acara yang boleh menghilangkan merah mata la. Dah jadi rutin,bila mouse+keyboard, jawabnya email, blog-blog, paper online, soccernet itu, soccernet ini, point bola minggu ni dan yang paling hot sekali sekarang adalah fb. Berfesbuk lah aku sepagi tu.

Tengah aku syok online, datang lah sorang mamat ni yang tah datang dari mana. Rupa-rupanya tempat yang aku duduk tu dia punya meja. Mana la aku tau. Datang-datang je duk terhegeh tepi aku. Muka kerek tok sah cakap la. Dengan masam tak reti nak senyum nya. Macam ni lah melayu kalau daj berjawatan sikit. Aku tanya 2 patah dia jawab sepatah. Tanya sepatah dia jawab setengah patah. Peh! Sombong dah macam awek-awek. Nak je aku libas muka dengan papan kekunci ni biar bertarabur sikit rambut dia tu. Tapi kena kawal tindakan ganas aku depan awek kat dalam ni. Last-last aku blah cari pc lain.

Ok rehat memang aku nikmati sehabis baik. Syok nya rasa macam rehat time darjah 3 dulu. Lepas habis kelas bahasa inggeris. Habis bernescafe dan bernasi ayam serta berokok, aku naik lagi. Macam pagi tadi, aktiviti aku bertambah ligat memandangkan tiada sesiapa yang memantau. Chatting menjadi aktiviti tambahan. Tapi walaubagaimana pun, dia punya bosan memang tahap aku rasa nak start motor balik rumah je. Tengok game Liverpool pun tak bosan macam ni. Habis semua posting orang aku nak komen. Semua gambar ada nama aku. Dan yang menariknya, aku boleh siapkan separuh dari posting ni kat sana tadi. Pencapaian yang amat dibanggakan.


Ok jam dah pukul 5. Lagi setengah jam aku boleh balik. Tapi 5.01 aku dah turun kedai bawah minum nes o sambil layan awek-awek. Dia punya syok macam baru keluar penjara. 5.30 aku dah sampai kat rumah. Amacam?


Nota:

Semua orang ada pengalaman bekerja hari pertama. So sekarang aku pegang kontrek jual rebung kat Malaysia ni. Siapa-siapa rasa nak order boleh kontek aku.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan