Selasa, Ogos 02, 2011

Blog ni kalau link ke blog agama ustaz ustaz sedap juga ni

Ini hari ingat berbuka tadi nak ke masjid layan makan free. Gua bukan nak makan free sangat tapi nak kejar akan keberkatan. Itu yang penting. Tapi takda kawan pula nak pergi. Bukan nak bergantung pada kawan tapi bila gua sorang, gua cenderung untuk terus balik lepas makan nasik masjid tu. Bukan apa, tak manis bila makwe makwe sebelah tengok gua kucar kacir start motor time orang angkat takbir maghrib. Lagi tak manis bila emak bapak makwe makwe tersebut yang tengok. Tak elok juga untuk kopiah atas kepala gua. Nanti mereka dalam masjid akan mengeluarkan ayat ayat makan dalam seperti, 'ada lagi sekor setan tak kena ikat ni...' dan sebagai nya. Lagi, bila ayat tu keluar dari mulut makwe makwe tersebut lagi la tak bertambah manis bila didengar oleh mak bapak mereka. Ini apa benda gua nak cerita pun gua tak tau...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan