Jumaat, November 27, 2009

Seingat Aku (3) - Playstation

Ye! Tiba-tiba pagi yang hening ini mengingatkan aku pada sesuatu. Back in 2000/2001...

Masing-masing tak nak melepaskan peluang menunjukkan kehandalan dalam bidang elektrik peringkat kebangsaan. Ada yang pandai buat sambungan elektrik dari lampu kalimantang, ada yang pandai buat ampaian automatik malah ada peringkat dimana pelajar di Maktab K.Berang ni mampu menghasilkan pembakar roti indie. Jadi ini adalah zaman kreatif dan langsung tidak berciri inovatif.

Jali atau Sazali nama samarannya, memang sudah lama nampak akan kebengapan kawan-kawan beliau. Sudah berbuih mulut Sazali nasihat tapi tidak juga di endahkan.

"Takde nya The New Inventor Astro tu nak datang tengok korang ni...", hujah Sazali.

Tapi sekali-sekala Sazali ada juga menggunakan teknologi karut ciptaan kawan beliau.

"Alah tak sampai la pulak plug nak pasang radio ni", keluh kawan Sazali yang sedang menggunakan kejuruteraan plug-lampu-kalimantang sambil menarik narik kepala plug radio ke soket, yang tak jugak jadi panjang.

"Apa susah? Pegi lah cari playstation jap...", Sazali mengeluarkan buah fikiran beliau yang ketika itu memang tiada tolok bandingnya disertakan dengan muka penuh yakin tanpa sebarang kedutan di dahi.

8 tahun berlalu, kisah ini masih menghantui beliau dan telah di trade-mark dengan nama Jali.















'Kami adalah perkakas elektrik', bisik playstation dan extension.


Nota:

Lepas Jumaat jelah tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan