Kalau tak salah, tahunnya 2006, time belajar kat Johor. Time tu aku and the gang menghuni aras 1 di kolej berketinggian 5 tingkat. Kawan aku ni ada kes kecurian talipon bimbit. Henset yang beliau tatap saban hari, ghaib di balik tingkap bilik. Siapa tak panas? Macam mana nak bagi report kat awek beliau setiap setengah jam?
Berita panas ni sampai kat telinga hulubalang-hulubalang kolej termasuklah aku. Pendekkan cerita, betapa bengapnya si pengepaw ni, dia boleh pegi call kawan perempuan kita orang yang ada dalam sim henset tu. Terkena pulak dia call awek kawan aku (bukan si hilang henset ni) Aku yang lagak bagai ketua hulubalang, memerintahkan perempuan ni ajak si pengepaw bengap tu jumpa. Ahh! Nama kawan aku ni Ina. Bagi nama la senang.
Tengahari tu, pengepaw tu jumpa Ina kat cafe. Aku dan hulubalang sekalian menanti dengan penuh daya kesabaran. Tiba-tiba datang pengepaw yang bernafsu serakah tersebut.
"Apa ke bengap la dia ni. Nak curi tapi tahap IQ macam budak down sindrom...", kata aku direct menghina.
"Ala kecik je tuan nya. Sekali aku...."
Belum sempat aku habiskan ayat last tu, mangsa(kawan aku yang hilang henset) bagaikan singa yang hilang taringnya, menerkam ke arah si pengepaw. Aku sebagai penulis skrip, langsung tidak setuju dengan tindakan berani buta beliau dimana terang-terang melanggar skrip ciptaan aku. Skrip asalnya aku malas nak cerita. Ala-ala cerita Bourne.
*****
Pung pang pung pang antara pengepaw dengan kami, membawa kepada satu jalan penyelesaian.
"Korang ingat aku tipu? Jom pegi bilik aku. Kita cari henset...", pengepaw memulakan rancangan licik beliau.
"Okey jom", balas kawan aku yang mana sekali lagi tidak di persetujui oleh aku.
"Korang ikut aku...", pengepaw melebong sambil menaiki kereta kancil ala mat kilang beliau.
Kami berlima merempit follow beliau dengan tidak berhelmet. Dalam U tak payah pakai helmet pun takpe.
"Aku dah suruhkan tadi korang naik dengan dia sekali...", aku bersuara menandakan rancangan licik pengepaw iaitu melarikan diri memasuki hiway terdekat, berjaya dihidu oleh aku dari awal-awal lagi. Aku saja malas cakap. Bagi dia orang ni ada pengalaman Midsomer Murder.
"Apa ke bengap la geng-geng tu..." pengepaw tu punya sembang kat rakan-rakan seperjuangan beliau.
Nota:
Setiap kali teringat cerita ni, senyum aku bersifat sinis. Lepas tu dah tak pernah jumpa lagi budak ni. Aku syak dia tukar identiti. Kalau jumpa aku nak tanya dia grad pointer berapa.
Apa hal aku tak tidur lagi ni? Celaka.
Betul la orang cakap, idea datang di kala pagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan