Jumaat, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Haji - 1st timer from half way line.

Hampeh sungguh hampeh kalau malam raya haji ni. Lepaking tak berapa nak menjadi sangat. Sejak semua dah berbini ni, semua nak balik rumah bapak mentua masing-masing. Cis queen control.

Dulu sebelum kawin macam macam sembang kencang. Kawan no 1 la, malam raya kalau tak pekena tea haji Zawawi boleh sawan la, takde kote la kalau tak balik 3,4 pagi dan bermacam kencangan lagi lah yang ke udara. Yang ada 7,8 ekor yang masih steady buat macam umur baru lepas SPM. Yang sorang tu je umur 6 tahun. Kerja tak abis abis sembunyi selipar, curi lighter. Kalau kumpul semua lighter yang dia paw, aku rasa dah boleh bukak bundle lighter.

Ni adalah kali pertama aku raya haji kat kampung sejak meninggalkan rumah secara kehormat 7 tahun lepas. Sejak jejak kaki kat Johor, tak pernah pernah aku raya haji kat Melody Ville ni. Tiap-tiap tahun aku bantai raya kat Johor. Apa ingat senang nak cari tiket balik Kelantan? Separuh penduduk Johor ni nak balik sana. Dan separuh penduduk Johor ni kalau tak orang Kelantan, kawin dengan orang Kelantan...kah kah kah.

Dah tu bas tambahan sampai 40 biji pun tak cukup. Apa hal?

Dan tahun ni jugak lah tahun pertama kedua-dua raya aku tak bersepah cari tiket raya. Aku dah daftar nama JKKK kampung aku sejak bulan 6 lepas. Kalau tak, esok nak balik raya, hari ni baru bersepah cari tiket. Ingatkan raya lambat lagi. Ingatkan puasa 2 bulan. Lepas tu kelam kabut la ambik tiket sambung. JB-KL-Kuantan-KT-KB. 7 tahun kat Johor, 7 tahun lah wat perangai. Kadang-kadang tu naik jugak bas U. Tu pun dah pakai kabel 3 fasa paling cun. Perangai macam setan.

Dah nak tidur. Esok nak bangun sembahyang raya lagi, jumaat lagi. Harap sembahyang raya aku tahun ni cukup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan