Selasa, Disember 01, 2009

Bola Lagi

Hari ni boleh dikatakan semua aktiviti aku dikira berciri ada masa depan. Tapi macam mana aku boleh pegi buat satu kerja yang agak tak senonoh. Pegi Stadium Sultan Muhammad 4, KB. Kelantan vs Kedah merebut piala bengap, Piala Emas Raja-Raja. Ni semua kerja mat-mat lapar tengok bola la ni. Piala ni, tiket dia macam haram. Stail dia macam tiket bas zaman 90-an dulu. Yang tebuk tebuk tu.

Dari semalam, Pantai Timur dah start hujan balik dah. Hari ni pun sama. Lapar tak lapar, hujan pun semangat jugak nak tengok bola. Sampai KB dalam 2035. Hujan boleh cakap tahap renyai nak ke stop. Aku sampai tu orang dah ramai masuk stadium. Ada lah dalam 20 ke 22 ribu. Ni baru piala cikai. Kalau Liga Super, mau tak 50-60 ribu. Semua lapar bola.

Aku tapau burger sebiji, air mineral sebotol. Air mineral aku sorok dalam seluar. Gila tak sorok. Ingat pakcik misai masuk mulut tu nak bagi masuk? Nanti hisap rokok rasa macam telan pasir je kat tekak kalau takde air. Nak tadah air hujan, hujan sekarang bukan boleh percaya sangat. 4001 bahan kimia ada. Lebih jahanam dari rokok. Rokok ada 4 ribu je. Juga terpaksa rembat baju hujan plastik berharga RM2. Aku rembat time pakcik tu pegi beli air. Tiket RM8.

Halim je player yang dah lama main bola. Yang lain? Baru hari ni nak sepak bola pun ada aku tengok.

Jadi seperti biasa, seperti skuad seniornya, Kelantan bermula agak garang-gemarang. Main macam skuad budak Arsenal. Tidak seperti Kedah, main macam celaka. Macam Sultan. Macam Pahang. Berbekalkan sebatang pen yang sempat dirembat dari beg tadika adik aku dan sehelai kertas dari buku matematik adik aku jugak, aku sempat mencatat 'stat' penting perlawanan. Posession, 99.9%-0.01%; shot(target), 30(29)-1(0); kad kuning, 0-11; corner, 15-2. Halim bertindak sebagai midfilder ketika masa berbaki 40'.

Main dalam hujan cukup berbahaya memandangkan sistem perparitan stadium yang tidak cekap. Aku tengok physio masuk padang agak kerap. Purata 3 kali setiap 5 minit. Masing-masing aim kaki bukan bola. Ref dengan linesman pun physio kena handle sekali. Penat physio Kedah. Yela penyokong bermurah hati sedekah air mineral dekat ref dan linesman. Mahal tu air mineral. RM1.50.

Juga diperhatikan, tipikal Melayu main bola, sepak dimana anda mengadap. Kedah la bukan Kelantan. Sepak macam sial. Hadap kiri sepak kiri, hadap kanan sepak kanan, hadap gol sendiri sepak sumbat gol sendiri. Syabas! Sepak ikut suka, kelam kabut, bersepah. Lauk je Kedah.

Berbagai sumpah-seranah, kayu-kayan dan batu-batan dilemparkan kepada pemain dan pengadil-pengadil yang didengari dari tempat duduk penyokong.

'Woi, ko nak angkat ke nak botol mineral?'
'Woi lembik lembik pegi main guli la woi'
'Woi, passing la. Bukan ko sorang main'
'Woi. balik belajar stop ball la'
'Woi ref, woi linesmen, woi no 15, woi no 70'

Bermacam jenis woi lagi. Aku dah malas nak menaip. 2nd leg akan berlangsung pada sabtu ini di Alor Setar. Kesudahannya, keputusan berpihak kepada penonton iaitu seri 0-0.

28 orang yang main, semua bengap. Main bersepah. On the way balik, semua diam. Malu kat diri sendiri. Dah la baju-bajan habih basah. Celaka! Sekian laporan dari KB.

Nota:
Tiket tak sempat nak snap. Dah bagi kat pakcik kaunter balik. Menyampah tengok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan