Selasa, Disember 01, 2009

Membuak Juga Semangat Nak Kahwin

Malas sebab telan daging banyak sangat tidak menjadi halangan untuk pergi ke majlis kesyukuran kawan aku dekat Kok Lanas. Lagi pun dah janji dengan mat-mat TG Hj Hadi. 3 orang geng Marang; Hadi, Peja, Taufik. Nak panjangkan post ni, aku bagi biodata sikit pasal 3 orang kuat Hj Hadi ni.

Hadi
Status: Berkahwin
Kerja: Orang besar Perodua no 2 dalam T'ganu. Kalau dalam Melaya, no 4.
Musik feveret: Geng-geng botak skins. Masih kekalkan ACAB dalam carta kepala.
Movie feveret: Lord of the Rings. Semua extension ori ada dalam simpanan beliau.
Hobi: Tengok LotR dengan bini sambil call member lepas tu sembang kencang cakap 'indah sungguh berbini ni'. Tapi aku tak pernah nak layan.
Berat: Obesiti

Taufik
Status: Duda anak 2. Anak angkat yang dia rembat dari Bangla
Kerja: Kompeni consultan Shah Alam. Kompeni ada 2 orang je. Sorang bos, sorang lagi dia. Kerja dia macam Bangla dah aku tengok. Dia lah engineer, dia lah HR, dia lah tukang interview, dia lah draftman, dia lah topman, kerani, budak surat, sapu sampah, pakcik cleaner dan jaga(pak gad).
Musik feveret: Minat indie katanya dari dulu tapi dalam pc aku tengok ada 1 band lagend tu je, SM Salim. True lagend ni.
Movie feveret: Movie plastik. Girl Next Door misalnya.
Hobi: Tidur gaya macam budak down sindrom.
Berat: Obesiti kuasa dua.

Peja
Status: Single
Kerja: Samseng kapal West Port, Klang.
Music feveret: Undisclosed.
Movie feveret: Undisclosed.
Hobi: Joki motor. Masih baru dalam arena rempit.
Berat: Undisclosed.

3 sekawan ni gerak dari KT jam 0730, kata mereka. Tapi sampai depan umah aku dah jam 1200. Apa hal T'ganu ke Kelantan sampai 5 jam? Pusing ambil angin dekat Kuantan kata mereka. Aku dah tau sangat. Dah 10 kali datang sini pun boleh sesat lagi. Jam 0900 tu mesej dah sampai kat aku,'tolong siap cepat. Tak ada tunggu-tunggu'. Ada hati nak drive-tru je datang ambik aku. Tapi dorang sampai tu, agak dalam sejam jugak tunggu aku bersiap. Merah jugak muka sorang-sorang aku tengok. Aku main sauk je baju cap payung dengan seluar berjenis sikit.

Masuk kereta, aku ingat semua dah berubah, tapi masih ACAB. Tak ikut peredaran masa betul. Outdated. Tak indie langsung. Huh! Ikut kiri, ikut kanan, aku memberi arahan selaku penunjuk jalan yang expert. Tapi bersepah jugak nak boleh sampai. Masuk rumah orang ikut suka, masuk kampung orang ikut sedap. Patutlah semua orang aku tanya, semua tak tahu. Jajahan lain rupanya. Tapi akhirnya kami sampai juga setelah keringat di dahi, ketiak basah, minyak setengah tank.

*****

'Ni kawan si Kamal ke?' tanya makcik yang bertindak sebagai penyambut tetamu.

'Eh tak. Kami kawan Ariff makcik. Makcik ni mak sedara dia ke?' aku jawab plus tanya dengan yakin dalam dialek tempatan.

Aku sebagai jurucakap, kenalah bertindak cepat supaya kutukan dapat dikurangkan dari 3 pihak yang lain.

'Eh majlis Ariff kat depan lagi dik. Depan klinik...' jawab makcik yang langsung tidak mengambil kira perasaan malu aku selaku orang lama jajahan dalam Kelantan.

'Oh yeke. Sori lah makcik' jawab sambil tengok henset. Cover. Aku berlalu sambil gigi atas dengan bawah kasi rapat. Jangan harap aku nak pandang 3 ekor dalam kereta tu.

Kutukan dengan jelas akan bertambah secara menokok. Awek awek yang tengah makan tu aku tengok dah bersembur nasi dalam gulai. Aku buat steady je macam tengah tanya jalan. Dah tu line tu saja 3 kenduri kahwin. Mana la aku tahu. Dah dorang tak letak sign board pun. Lain kali letak la sign board besar besar. Dah la nak datang pun dah bersepah sesat tak tentu hala.

Selamat pengantin baru Muse & Azzah. Semoga berbahagia ke cucu cicit. Ish! Bila aku nak kawin ni. Esok dah kena start cari makwe.

Gambar ada dekat sini. Tapi gambar kami takda. Mungkin sebab muka Taufik tak commercial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan