Malam tadi aku sama geng kay ell pegi makan tempat orang kaya melantak. Duit dalam wallet masing-masing koya gemuk. Pada hal tak lebih dari merah dua keping.
Ya! 1st time aku pegi makan jenis dapur ada kat atas meja. Makan steambot. Selalu beli kat pasar malam je. Malam ni dapat merasa makan cara buffet. Bayar ikut pakej, makan la sampai kedai tutup. Aku yang muka tebal ditugaskan sebagai spy untuk skodeng macam mana adab dikedai steambot. Dari masuk dalam, sampai la keluar balik. Punya la darat. Tapi aku dengan muka tampal bedak tebel ni, terus meluru ke kaunter dan mula bertanya pelbagai soalan sampai belok muka brader kaunter tu diasak oleh pertanyaan yang masuk akal aku.
"Makan dulu ke bayar dulu?", aku kemukakan soalan last sambil angkat kening 2,3 kali sambil buat-buat seluk poket ambil wallet.
"Makan dulu bro..", wah ber'bro-bro' dia.
Dengan muka meyakinkan, aku arahkan kawan-kawan aku kat luar untuk masuk mentekedarah. Dengan rakus juga kami melantak tak ingat dunia. Semua nak ambik. Nasib baik takde steambot memerang sungai. Tapi kami tak sempat bersubuh di situ memandangkan salah seorang mempunyai komitmen kasih-sayang yang tidak berbelah bagi. Kami pulang selepas puas berlempas pulas menyumbat makanan secara paksa. Selepas 2 jam. Selepas semua makanan hampir licin. Selepas dessert hampir tinggal sisa. Sebelum hujan mula turun.
Restoran Flaming Steambot, tepi Sunway Piramid. Boleh tahan dan berbaloi. Pakej yang menarik. Rm 20, makan sama minum sama dessert sama hujan lebat nak mampus tambah angin 30km/j. Pergh, padat.
*****
Petang tadi juga, kawan aku paksa aku pegi tengok wayang cerita geli geleman. Ninja Asamasin. Hero hujan jambu batu, jalan cerita tah apa-apa. Sesuai untuk tontonan bayi dan buat modal tidur. Sempat aku lelap 15 minit. Nasib baik orang belanja.
Lepas tengok wayang(bangun tidur), kami pegi melantak di satu kedai mamak di Kelana Jaya. Aku dah lupa dia punya nama. Yang aku ingat ada satu ofis persatuan bola sepak kat tepi dia. Tah apa namanya aku pun lupa jugak. FAU ke FAM ke FUCK ke aku dah tak ingat. Tapi dengar khabar persatuan ni celaka. Aku dengar orang table sebelah sembang la. Aku tak ambik port sangat pasal persatuan-persatuan bola yang takde masa depan ni. Tapi tengokkan gaya bangunan ofis ni, ada jugak rasa macam nak bakar je. Tapi aku batalkan niat serta-merta. Kesian pulak kalau terbakar sekali dengan pakgad tu. Dia insan tidak bersalah. Dia pakgad je, dia tak tahu apa-apa pasal bola tempatan. Dia tau pasal Mencester je. Kesian dia.
Nasib baik kuey tiaw goreng mamak ni sedap. Aku bayar sendiri.
Habis je melantak, aku berjalan ke motorkar sambil menjeling manja ke arah bangunan persatuan tersebut. Bangunan tu bertukar jadi merah. Tah malu ke marah. Sampai dekat motorkar, kelihatan ada sehelai tiket atas cermin depan.
"Tiket semusim Liga Super ke ni?", teriak aku dalam hati. Aku agak salah seorang staff persatuan bola tadi bermurah hati memberi kami tiket. Takut juga dia rupanya dengar aku nak bakar ofis dia.
Anda didenda RM100 kerana gagal mempamerkan tiket parking.
Cilakak MPPJ. Mentang-mentanglah persatuan dia dah berkubur, boleh lagi nak backing si kawan baik dia. Mesti ada spy tadi dekat kedai mamak tu. Cis! Shit!
Apa ingat orang kerja kerajaan gaji juta-juta je ke yang boleh monday blues? Ingat kutu barai macam aku tak boleh? Pooo dah!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan