Rabu, Disember 09, 2009

Oh Persatuan

Bukan nama blog lelaki kalau takde cerita pasal bola. Cikai-cikai pun mesti ada pasal saiz bola ke stadium bola ke Ronaldo ke misalnya.

Lagi pasal persatuan bola Malaysia yang bengap. Apa itu FAM? FAM adalah satu persatuan yang menjaga kebajikan bola sepak Pahang. Kalau pasukan Pahang takde duit, FAM ada boleh paw. Kalau pasukan Pahang lemas dalam longkang, FAM ada boleh selamatkan. Kalau habis darah, FAM boleh dermakan darah. Kalau mampus, FAM boleh bagi nyawa. Pendek kata Pahang ni kebal. Jangankan tikam pakai pisau rambo, pakai C4 pun belum tentu mampus.


Sebab musabab kenapa Pahang ni kebal sangat tidak perlulah di ulas. Semua tahu kenapa. Dan walaupun semua 1Melaya tahu, tapi tuan punya badan masih buat dek buat tak reti bahasa. Tak boleh nak details sangat nanti aku kena tulah pulak. Tak pasal-pasal kena panah petir esok.


Andai kata kalau pasukan Kelantan la yang relegate Liga Super, jangankan ada peluang naik, turun lagi ke Liga Fam adalah. Untung bebenarlah ketua agama mana-mana negeri ni jadi presiden FAM. Harap-harap ada masanya ketua agama negeri Kelantan ni jadi presiden FAM. Barulah segala macam taik yang dibuat penyokong Kelantan akan dipandang sebelah mata oleh FAM. Fuck FAM!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan