Tadi bangun sebab hujan kejutkan aku. Sayang betul hujan dekat aku. Tapi aku lebih menyangi renyai dari lebat. Tadi lebat yang kejut. Pukulan beliau terhadap atap zink betul-betul mengejutkan aku. Buat aku rasa lain macam. Rasa tak sedap hati. Rasa macam haram.
Basuh muka, gosok gigi ala kadar guna ubat gigi sapu kat jari, aku mentekedarah nasi. Perut kenyang, ingatkan hilang rasa haram. Ada lagi sikit-sikit. Nak cucuh rokok sebatang, lighter dah habis gas. Aku ke dapur cucuh pakai dapur gas mak aku. Muncung-muncung aku cucuh rokok. Kantoi dengan mak aku. 'Ma berkenan sangat la biar terbakar hidung tu', kata beliau. Aku sengih je sambil tahan asap dalam paru paru aku. Mana boleh lepas kat dapur. Tak baik adik-adik tengok. Nanti dituduh abang dia ni perangai tak semenggah. Kena bagi contoh baik kat adik-adik. Hak tuih. Kalau hidung takde, nanti tak dapat menantu cun baru tahu mak aku ni. Tapi aku bisik dalam hati jela. Kalau aku zahirkan nanti dia iyakan susah pula. Kata-kata ibu adalah doa. Aku akur, syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Habis sebatang, aku sambung sebatang lagi. Rasa haram masih ada. Aku online sambil dengar lagu-lagu terkini, rasa lagi haram. Kali ni rasa gampang. Macam ada benda yang aku plan belum tertunai. Nak kata bayar nafkah kat bini, aku belum kahwin. Walaupun malam tadi aku mimpi pelik dengan sorang awek. Malang betul awek tu masuk dalam mimpi aku. Siapakah awek tersebut? Cerita nanti-nanti la.
Aku mandi, bersiap lebih kurang, aku keluar pegi bank. Aku ni kerja bank-in duit orang je. Diri sendiri ada 2 ringgit je dalam beg duit. Lepas ke bank, aku balik rumah. Rasa haram bertambah haram. Apa hal ni? Aku buka fesbuk. Takde mood betul aku nak update status benda ni. Kawan ada 25 lagi yang tak approve. Tah siapa la dorang ni. Aku bukan kenal pun. Kalau dah tak kenal tak payah nak add. Aku tau la aku peramah. Boleh tahan juga sombong aku ni. Macam celaka. Koya artis. Hak tuih sekali lagi. Aku ingat nak limitkan friends aku dalam 250 je. Cool sangat ke ramai kawan? Huh! Tak cool. Nak berkawan ramai pegi bukak Tagged. Laman sosial yang macam celaka. Dekat sana tu penuh sek-sek homo, les.
Aku keluar lagi. Hujan hujan ni tak boleh nak merempit sangat. Baju seluar aku dah la ada 2, 3 helai je. Aku ke bandar jap cari inspirasi. Mana tau ada awek nak tumpang dalam hujan ni. Boleh aku ngorat. Aku cakap la ni kereta aku, lagi cakap aku kerja gaji ribu ribu, kerja kerajaan, pejabat kebajikan, tolong tumpangkan awek semestinya skop kerja aku. Mesti cair la mana-mana awek dengan kemesraan melampau aku ni. Hak tuih!
Aku stop dekat satu booth.
'Bang, kl, khamis ni, 3/12, pagi...', ucaptama aku sambil tengok kalendar kat talipon bimbit cikai aku. Talipon aku satu kaler je. Baru indie.
'Ada. Seat belakang. Boleh?', tanya beliau selepas seminit sambil menekan papan kekunci pc. Sekali-sekali menggerakkan tetikus.
'Boleh bang. Boleh lepas ke bang agak-agak hujan ni?', tanya aku dengan asap berkepul-kepul tersembur kat abang tu. Dia kipas kipas asap dengan tangan beliau. Puasa agaknya.
'Takde hal punyalah...', jawapan ringkas. Marah agaknya kena sembur asap tadi.
'Beres abang Kamal...'
Aku tahu nama Kamal sebab tengok tiket ni ada nama dia. Tapi sengih dia tadi macam ada 2 maksud. Dah lah. Aku malas nak buat ramah lebih-lebih. Nanti cakap aku nak ngorat adik dia pulak. Tah ada adik perempuan tah tidak. Kalau dia tu awek cun, aku dah bantai ambik nombor talipon dah.
Yang penting sekarang khamis ni aku akan ke kl. Sekarang dah hilang rasa haram tadi. Sekarang rasa macam Nur Kasih jadi bini aku. Harap kl menerima aku sekali lagi dengan seadanya. Aku ada misi penting ni pegi kl. Dating? Lebih mustahak dari tu. Tunggu kemunculan aku di Jalan Dewan. Rokkkk!!
Nota:
Apsal bila baca balik entri ni rasa macam serius je. Bila menulis aku memang out of sense of humor la. Kena banyakkan baca apo! ni. Layan piala carling la pulak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan