Pagi ni dia bangun awal. Seawal ayam berkokok. Ayam pun kalah dengan dia. Tapi apakan daya. Kat kolumpo ni mana nak cari ayam hidup untuk di buat petunjuk. Golongan ayam yang ada hanyalah di pasar dan di kedai makan. Silap hari bulan timbul dekat bukit bintang. Kalau ada pun, spesis ayam apakah yang boleh terbang sampai tingkap 18 sesebuah apartment. Mana ada!
Gagahkan diri juga untuk bangun. Dia tidur awal sejak dua hari yang lepas. Tidak sihat katanya. Setelah melalui pengalaman balik petang hujan dari ofisnya sejak 4 hari yang lepas, dia mendapat penangan-nya sehari dua ini. Pukul 8, dia dah bersedia untuk keluar rumah. Di capainya kunci motor dan terus ke pintu lif untuk turun ke tempat parkir. Namun, langit tak selalunya cerah. Dia terpaksa bersemuka kembali dengan pintu lif untuk ke tingkat atas semula. Helmetnya telah membuat hal kerana tidak memanggil beliau semasa hendak turun. Celaka! Dia merempit seperti biasa. Hebat!
Kepalanya pening terasa seperti Kg Baru ni seakan-akan tunggang terbalik. Seperti bukan kampung tapi bandar yang sangat pesat dek arus pembangunan. Tah apa yang membangun tah. Ah dia tak peduli. Terus merempit menyusuri laluan pejalan kaki. Lagi sikit nak langgar pakcik tu. Dah makan sumpah seranah di pagi hari. Terus lagi. Badannya panas, melawan cuaca pagi yang sejuk, dan hanya berbekalkan sweater bundle yang sudah 5 tahun berkhidmat untuk beliau. Seakan sudah sehati. Tekak terasa kering bak debu. Sudahlah pagi di kolumpo ini amat berkabus, ditambah pula asap asap bas mini yang bergerak seperti jalan ini mereka punya. Dia menjeling tajam disebalik visor ke arah seorang minah yang nampaknya tidak mempunyai tempat duduk didalam bas rapid kl tersebut.
"Peh! Sombong. Mentang mentang ada driver sendiri...", keluh beliau dalam hati.
Akhirnya setelah melalui ranjau onak dan duri, beliau sampai ke destinasi tepat jam 8.30 pagi. Ada lagi 30 minit untuk beliau bersarapan, menelan pil yang patut sesuai dengan keadaan yang beliau alami tika ini dan menyedup mana mana asap yang patut. Sakit tekak? Tidak beliau pedulikan.
Pukul 9, akhirnya kelas beliau bermula hari ini. Sepantas kilat beliau memulakan sesi membaca akhbar buka-talian. Perak kekal dengan menteri besarnya.
"Hm mahkamah, mahkamah...", keluh beliau 2nd round pagi tu.
Ok pukul 10.30 cikgu beliau berkata, ''ok anak anak murid. Kelas tamat. Korang boleh balik"
"Baik tak payah datang macam ni. Cilake!", keluh beliau 3rd round.
Nota:

Ok gua nak balik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan