Dalam inglis-nya, Who Chew Dr Sepiah? Ah! Bidan tu lebih kurang doktor lah jugak. Siapa nak eja selain dari ni, boleh eja kat blog masing masing. Ini buku terbitan Sindiket Sol-Jah yang dah ke berapa ribu tak tahu lah. Harga RM20. Agak mahal bagi aku. Tapi kena fikir dulu, duit tu adalah untuk dorang buat beli air kotak, bihun, mayonis putih, mayonis pulau, pinggang mangkuk pakai buang dan ashtray yang kita perabis time pegi maskara. Kira orait la tu kan. Siapa siapa yang miss maskara sabtu lepas, boleh klik sini untuk tempahan samada menggunakan udara atau darat.
Ini pulak geng geng Zunar. Rasanya ini adalah terbitan ke-3 selepas Gedung Kartun yang habis di rampas dan Perak Darul Kartun yang penuh di pasaran cerah. Kelantan yang paling stedi. Gerai surat khabar pun ada buku Perak Darul Kartun ni. Aku beli tepi balai polis je. Tak payah nak apply lesen itu ini. Buku latest ni tak tahu lah pulak macam mana nasibnya. Ada kah sama seperti terbitan pertama? Cepat dapatkannya sebelum habis di punggah van KDN.
Baiklah, kita kembali ke Angkasapuri...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan