Isnin, Februari 08, 2010

Menjalani Latihan

Ya! Aku tahu. Dah lama tak kemaskini blog. Sibuk? Takde lah jugak. Tapi takde masa.

Aku sekarang tengah training. Ini aku menaip live dari kelas latihan. Training pekebenda tah ni. Tiap tiap hari main fesbuk, baca blog itu ini, baca surat khabar buka-talian dan macam macam. Layan benda benda lucah je tak. Habis dah tahu banyak masa kenapa tak updet blog? Sebabnya segan nak menaip blog. Kiri kanan aku ada mamat yang agak skema tak rock dan menjadikan aku segan nak bukak blog sendiri. Ini sekarang tengah rehat tapi aku tak keluar lagi. Kejap lagi aku pegi makan. Yang bestnya, datang sini rasa dia macam datang cc, duduk 5-6 jam, balik. Tak payah nak fikir pasal kerja dah. Dengar dengar kena stay sini sampai bulan 4 ni. Yang tak bestnya, aku kena tambah jarak rempit aku sebanyak 15 km, tahap kecekapan 20% time pergi sebab jam nak mam's, 50% time balik sebab hujan lebat 5k liter padu air per saat. Perempit yang otai, time hujan mana pakai baju hujan. Apa barang. Biar sampai tahap sampai rumah, jemur semua duit mykad lesen kad nama kotak rokok belakang peti ais. Tiap tiap hari balik kerja baju basah, kepala pening. Dah lah aku punya baju kerajaan ada 3 helai je. Seluar selai. Sampai je rumah belakang peti ais memang dah jadi tempat pertama aku tuju. Kalau ada sebarang bendasing lain, akan aku singkirkan. Gaji tak dapat lagi. Mana nak sebat duit beli baju hujan. Ah! Nantilah.

Nak tahu aku latihan kat mana? Tanyalah isteri perdana menteri kita yang tersayang. Dengar kabar nak buat pembangunan. Apa nilai tanah 20 billiion? Satu kepala 4 juta dapat? Orang kaya baru? Tengok jela orang kampung ni dapat apa nanti. Kah kah kah...














Berdoa lah benda ni tak hilang dari peta Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan